DATO’ MAHARAJA LELA
PERJUANGAN DATO
MAHARAJALELA DI PERAK
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
FAKTOR
PENENTANGAN J.W.W BIRCH
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan
Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan
Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British.
Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim,
mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti
cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi
rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja
menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan
J.W.W Birch
PERISTIWA PENENTANGAN
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di
Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’
Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan
diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi
Perak.
Tempat Birch Di bunuh
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh
Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’
Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak.
Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali
sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875
pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah
British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.